about xlinks entry blogger tweet facebook ask.fm older newer



i cant explain what i feel

// hover the pic for the navigation //
☼♤♧♡♢◌ your disclaimer here, any rules or faq that need to share?

credit : full editbasecode, photos,

Karakter Syaitan
➝ Monday, 17 December 2012 19:04 // 0 comments


Assalamualaikumwarahamatullah.
          
Andai syaitan itu boleh dilihat, pasti kita akan mengenal pasti terlebih dahulu fizilal syaitan. Pedang, parang meriam dan segala jenis senjata dan alat pertahanan diri disediakan untuk melawannya.
                      Tetapi, melawan bisikan syaitan tidak memerlukan semua item di atas. Kenali karakter syaitan dan sentiasa berhati-hati agar kita sebagai manusia tidak mempunyai karakter yang sama seperti syaitan.

Lemah
         "Aku tak kuat melawan syaitan," kata seorang Muslim. Allah telah mengigatkan bahawa syaitan dan tipu daya daripada syaitan itu lemah, maksudnya : Sesunggunya, tipu daya syaitan adalah lemah (Surah al-Nisa' 4 : 76)
         Sebenarnya manusia itu kuat dan berupanya melawan syaitan yang lemah.


Pendusta
         Dalam melancarkan misi menghancurkan orang Islam, syaitan amat terkedepan dengan sikap dusta. Janji dan bisikan syaitan semuanya tipu dan tiada satu pun yang benar.


Ilham batil
         Formula ini paling sukar untuk manusia kesan. Sesuai dengan prinsip hidup syaitan untuk menyesatkan manusia,hatta manusia itu sedang membuat kebaikan, syaitan pasti hadir untuk memberi ilham batil. Contohnya, orang yang sendang menunaikan solat akan dilekakan dengan memberi ilham tentang perkara yang boleh dilakukannya selepas solat.


Ketawa atas kejahatan
        Jika kuasa kamera litar perangkap had kelajuan boleh merakamkan kesalahan orang yang memandu melebihi had yang ditetapkan, syaitan pula melihat kebaikan yang dilakukan oleh manusia dan seterusnya berusaha untuk memesongkan kebaikan tersebut kepada perkara kejahatan. Syaitan akan ketawa besar apabila melihat manusia melakukan kejahatan.