Barah Sekularisme
➝ Tuesday, 11 December 2012 08:55 // 0 comments
Konsep yang diterapkan dalam Biblle :
"Berikanlah hak pemerintahan kepada pemerintah, berikanlah hak Tuhan kepada Tuhan. "
Makna Sekularisme
Untuk memahami butiran Sekularisme, adalah lebih tepat jika kita memerah makna dengan merujuk Ensiklopedia Britania . Ia mencatatkan, sekularisme adalah sebuah gerakan kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan manusia daripada kehidupan akhirat dengan semata-mata berorientasikan kepada dunia.
Wipster pula memperincikan sekularisme tersebut.
- Pertama : Semangat keduniaan dan orientasi duniawi dan sejenisnya. Secara khusus adalah undang - undang daripada sekumpulan prinsip dan praktikal yang menolak segala bentuk keimanan dan ibadah.
- Kedua : Keyakinan agama dan urusan - urusan gereja tiada hubungannya sama sekali dengan soal - soal pemerintahan terutama soal pendidikan umum.
Untuk mejelaskan lagi realiti sebenar sekularisme ini, elok sekiranya kita meneliti apa yang dicoretkan oleh Prof. Dr. Harun Din yang mengetuai penulisan buku Manusia dan Islam, pada jilid ke-3.
"Sekularisme adalah fahaman yang memutuskan hubungan antara agama dan dunia. Akar kata sekularisme ialah sekular (secular) yang bererti dunia. Kebudayaan mengisi kehidupan dunia. Agama untuk kehidupab akhirat.
Antara dunia dan akhirat dibatasi dengan suatu garis pemisah yang tajam, masing-masing mestilah berada dalam lingkarannya dan tidak boleh memasuki perkara-perkara kebudayaan, sebalinya kebudayaan tidak boleh memasuki perkara-perkara agama. Dalam sosial, ekonomi, politik , serta teknik dan seni jangan dibawa masuk ke dalam agama.
Perbandingan Sekularisme Barat dan Sekularisme Islam
Bermatlamatkan satu, itulah pesamaanya. Namun pelaksanaan sahaja yang berbeza.
- Perbezaan Pertama : Sekularisme positif iaitu dalam memutuskan hubungan antara agama dan kebudayaan. Bangsa Barat memusatkan perhatian dan kegiatan dalam bidang kebudayaan dengan mengecualikan agama.
- Perbezaan Kedua : Sekularisme negetaif, iaitu umat Islam memusatkan perhatian dan kegiatan dalam bidang agama dengan mencuaikan kebudayaan. Yang kedua ini juga merupakan sekularisme. Namun dalam kehidupan kita. sekularisme negatif umat Islam telah beralih kepada bentuk sekularisme positif barat. Namun ia tetap sekularisme.
~ Wallahualam~
Sumber : Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama.