Abu Bakar As-Sidiq Lambang Keunggulan Islam
➝ Sunday, 10 February 2013 02:56 // 0 comments
Nama lengkap 'Abd Allah ibn 'Utsman bin Amir bi Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr al-Quraishi at-Tamimi'. Nama yang sebenarnya ialah Abdul Ka'bah , yang kemudian diubah oleh Rasulullah S.A.W menjadi Abdullah. Berketurunan Bani Tammim suku-suka bangsa Quraish. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.. Beliau dianugerahkan gelaran As-Sidiq kerana sentiasa membenarkan setiap kata-kata yg diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. Salah seorang mananusia yg dijamin syurga.
Hadis riwayat Tirmizi melalui sahabat Abdul Rahman bin Auf, Nabi berkata; “Abu Bakar adalah ahli syurga, Umar adalah ahli syurga, Usman adalah ahli syurga, Ali adalah ahli syurga, Thalhah adalah ahli syurga, Zubair adalah ahli syurga, Abdul Rahman Bin Auf adalah ahli syurga, Saad bin Abi Waqas adalah ahli syurga, Said bin Zaid adalah ahli syurga dan Abu Ubaidah bin Jarrah adalah ahli syurga.”
Merupakan manusia pertama yg memeluk Islam daripada kalangan lelaki. Keislaman beliau menyebabkan kaum Quraish berang.
Pada suatu hari, 38 orang berkumpul di Masjidil Haram. Ketika itu dakwah masih lagi bergiat secara rahsia. Tiba-tiba, muncul Abu Bakar lalu menyeru supaya mengesakan Allah dan meninggalkan berhala. Tindakan beliau mencetuskan kemarahan mereka menyebabkan beliau dibelasah sehingga wajah beliau berubah sama sekali.
Pada suatu hari, beliau berjalan disebuah tempat lalu beliau terlihat Bilal bin Rabah yg sedang diseksa olah Umaiyah seorang pembesar Quraish. Peristiwa tersebut menyebabkan Abu Bakar terasa simpati lalu menawarkan hamba beliau kepada Umaiyah untuk diganti dengan Bilal. Maka, merdekalah Bilal seorang manusia yg diseksa dgn azab sekali.
Beliau dilantak menjadi Khalifah yg bertama mengantikan Rasulullah yg telah wafat pada tahun ke-11 Hijrah, bertempat di Saqifah.
Sebelum Rasulullah wafat, baginda tidak mewasiatkan daripada kalangan sahabat untuk mengantikan baginda setelah baginda wafat. Kaum Ansar memilih Saad Abu Ubadah sebagai ketua. Abu Bakar berucap menerangkan kelebihan masing-masing dari kalangan muhajirin dan ansar dalam agama. Tiba-tiba Umar bangkit lalu mengangat tangan Abu Bakar untuk dilantik menjadi Khalifah yg terawal. Semuanya bersetuju maka dilantiklah Abu Bakar menjadi Khalifah.
Beliau banyak berjasa terhadap Islam terutamanya dalam menegakan Syariat Islam. Beliau menentang golongan yg tidak mahu membayar zakat, golongan yg murtad disebabkan masih mentah dalam agama Islam, golongan yg mengaku nabi contonya
Musailamah, Aswad Anasi, Tolhah Asadi dan Sajahu binti Haris.
Pengumpulan Alquran oleh beliau kerana banyak kehilangan para hufaz. Peristiwa ini berlaku pada perang perang Ridah yg melibatkan 1000 tentera Islam. Seramai 39 org dikalangan mereka yg syahid iaitu para hufaz. Hal ini, menimbulkan rasa cemas kepada beliau lalu beliau membuat keputusan untuk mengumpulkan Alquran.
Banyak lagi jasa beliau terhadap Islam. Tanpa beliau mungkin tak dapatlah kita menikmati Alquran pada sekarang :) ..
Wallahua'lam . Sumber : kitab tarikh islam tingkatan 3 dan beberapa laman sesawang.

