about xlinks entry blogger tweet facebook ask.fm older newer



i cant explain what i feel

// hover the pic for the navigation //
☼♤♧♡♢◌ your disclaimer here, any rules or faq that need to share?

credit : full editbasecode, photos,

Mengapa Allah Ciptakan Syurga dan Neraka ?
➝ Thursday, 27 December 2012 15:39 // 0 comments



 Jika Allah adil mengapa Dia menciptakan syurga neraka? Mengapa Allah tidak menciptakan syurga sahaja dan semua masuk ke dalam syurga?

Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata. Syurga dan neraka adalah satu tempat bagi memilih sesiapa yg terbaik dan layak menjadi penghuninya. Allah memberi peluang yg sama kepada semua orang, Allah menganugerahkan kita akal untuk berfikir dan bebas memilih jalan kebaikan atau kesesatan. Sesiapa yg memilih kebaikan,dia akan mendapat syurga dan bagi mereka yg memilih kejahatan, dia akan mendapat neraka.

Allah menciptakan manusia lengkap dengan akal supaya manusia dapat memilih sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi mempunyai kebebasam untuk memilih sama ada sesuatu itu baik atau buruk.


Syaitan hanya diberi peluang menghasut manusia sedangkan keputusan manusia sendiri. Allah berfirman yg bermaksud :

          Dan syaitan ketika selesai diazab: Allah menjanjikan kepadamu yg benar, dan akupun menjanjikan kepadamu tetapi aku ingkar. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku tetapi cercalah diri kamu sendiri.
                                                                                                    (Surah Ibrahim, ayat 22)

Ayat di atas menjelaskan keputusan setiap tindakan manusia terletak pada manusia bukan pada syaitan. Syaitan hanya diberi peluang menghasut semata-mata sedangkan keputusan di tangan manusia sendiri.

     Allah tidak pernah menzalimi manusia. Setiap perbuatan yg dilakukan sama ada baik atau jahat akan mendapat balasan yg setimpal. Allah menyatakan di dalam al-Quran :

           Sesugguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah (atom), dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberi pahala yg besar.
                                                                                                      (Surah an-nisaa, ayat 40)

Ayat diatas menujukkan Allah Maha Adil kepada manusia, dan setiap kebaikan keburukan akan dihisab.